Total Pageviews

Diberdayakan oleh Blogger.

Marquee Beri Donasi

<div style='background-color: none transparent;'><a href='http://news.rsspump.com/' title='rsspump'>news</a></div>
Daftar Alamat dan Nomor Telepon Puskesmas (Pusat Kesehatan Masyarakat PKM) di Kabupaten Pasaman Propinsi Sumbar: 1. Puskesmas Bonjol. Alamat: Jl. Lintas Sumatera Nagari Kp Sianok Nagari Ganggo Hilia,Kec.Bonjol. Jenis (type): Perawatan 2. Puskesmas Ladang Panjang. Alamat: Jl. Lintas Padang Sawah Kumpulan, Kec. Bonjol. Jenis (type): Perawatan 3. Puskesmas Kumpulan. Alamat: Jl. Lintas Sumatera Nagari Lima Kuto, Kec. Bonjol. Jenis (type): Non Perawatan 4. Puskesmas Simpati. Alamat: Jl. Padang Sawah Kumpulan, Kec. Bonjol. Jenis (type): Non Perawatan 5. Puskesmas Lubuk Sikaping. Alamat: Jl. Prof. Dr. Hamka, Kec. Lubuk Sikaping. Jenis (type): Non Perawatan 6. Puskesmas Sundatar. Alamat: Jl. Lintas Padang Medan Jrg Salibawan, Kec. Lubuk Sikaping. Jenis (type): Non Perawatan 7. Puskesmas Cubadak.Alamat: Jl. Raya Simpang Empat Panti, Kec. II Koto. Jenis (type): Perawatan 8. Puskesmas Simpang Tonang. Alamat: Jl. Simpang Lambau Jrg. Tanjung Mas, Kec. II Koto. Jenis (type): Non Perawatan 9. Puskesmas Tapus Alamat: Jl. Lintas Padang Medan No. 26 Ds. Selamat, Kec. Panti. Jenis (type): Perawatan 10. Puskesmas Pegang Baru.Alamat: Jl. Lintas Padang Medan Jrg Bahagia, Kec. Panti. Jenis (type): Non Perawatan 11. Puskesmas Kuamang.Alamat: Jl. Tapus Lundar Jrg Kuamang, Kec. Panti. Jenis (type): Non Perawatan 12. Puskesmas Rao.Alamat: Jl. Lintas Padang Medan Pasar Rao Nagari Tarung-tarung, Kec. Rao. Jenis (type): Perawatan 13. Puskesmas Pintu Padang.Alamat: Jl. Curanting Muaro Tais Km. 18 Ds. Pintu Padang, Kec. Mapat Tunggul. Jenis (type): Perawatan 14. Puskesmas Silayang.Alamat: Nagari Silayang, Kec. Mapat Tunggul Selatan. Jenis (type): Non Perawatan 15. Puskesmas Lansat Kadap. Alamat: Jl. Tunas Harapan Rambah, Kec. Rao Selatan. Jenis (type): Non Perawatan

Kata Kata Mutiara Yang Indah Penuh Makna Dalam Hidup


Selasa, 05 Maret 2013

Kata Mutiara

Duakotopas.com – Kata mutiara bukanlah mutiara indah dari kerang di laut. kata-kata mutiara merupakan kata-kata yang dapat membangkitkan semangat seseorang. Semangat bekerja, semangat beribadah bahkan semangat hidup. 

Berikut heru blog sajikan kata-kata mutiara yang diambil dari berbagai sumber, walaupun tidak banyak mudah-mudahan dapat memotivasi pembaca untuk hal-hal positif


Kata Kata Mutiara Yang Indah Penuh Makna
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. ~ Pepatah Arab

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu. 


Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.


Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. ~ Napoleon Bonaparte


Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.


Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. ~ Voltaire


Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab. 


Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. 


Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.


Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup. 


Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur M.H 


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian. 


Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai. 


Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan. 


Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. 


Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya. Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. 


Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. 


Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. ~ Whittier 


Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. 


Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.  


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. 


Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. ~ Flower A. Newhouse


Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan. 


Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. 


Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak. 


Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya. 


Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.. Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya. 


Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga. 


Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. ~ William J. Siegel 


Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. 


Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. 


Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai.. 


Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. 


Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan. 


Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib. 


Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. 


Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia. 


Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. ~ Horatius 


Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. ~ Mognon Me Lauhlin 


Rahasia untuk berjaya ialah menghormati orang lain.. 


Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. ~ 


Peribahasa Arab Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong. Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. ~ Charles Cahier 


Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.


Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. 


Menyimpang seinci, rugi seribu batu. ~ 


Peribahasa Cina Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara. 


Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 


Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh. Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. 


Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. ~ John Petitsenn 


Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. 


Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad 


Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus. 


Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan. 


Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya. 


Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket. Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri. 


Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai. 


Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan. 


Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan. 


Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir. Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat. Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. 


Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar. ~ Barbara Hall 


Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang. ~ Whitney W Young 


Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga. ~ Dr. Mahathir Mohamad 


Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. ~ Allen Tate 


Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi. 


Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. 


Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan. 


Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. 


Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA. 


Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai. Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya. 


Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 


Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam. Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar. 


Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. 


Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain. 


Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari. 


Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... 


Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya ~ Hamba Allah 


Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur ~ Hamba Allah 


Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan. 


Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma. 


Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. ~ Albert Camus 


Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. 


Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. 


Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. 


Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya. 


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille 


Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan. 


Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti ~ Hukama 

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ 


Confucius Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa yang boleh kamu buat untuk negara. ~ Abraham Lincoln 


Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. ~ Albert Einstein 


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. 


Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji. ~ La Roche 


Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. 


Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang. 


Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.


Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan. 


Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. ~ Marcus Aurelius 


Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. ~ Stahl P.J 


Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. 


Itulah sedikit Kata Kata Mutiara Yang Indah Penuh Makna yang dikutip dari http://www.heru-blog.com


Postkan Komentar:

Latest Update